Langkah 1: Check Poket Anda
Sesapa nak membeli sebuah kamera DSLR perlu check budjet dulu. Kalau poket hensem boleh lah cari kamera yang High End. Tapi jika poket suam-suam kuku...Alahaiii sedih gilak mek nangga...Bagus beli yang begineer set jer. Atau jika nafsu lebat, tapi duit sik brapa cukup bagus cari barang 2nd ja. Kat sarawak ni Online Marketplace ada sikit kurang aktif berbanding ngan di kl ya. Ada pun dictok spt mudah.my, photoborneo, jualan guna fb laman sosial (itu yang famous so far, mun ada gik kmk tertinggal bgtahu ok heheh). Tp di Semenanjung ada FTZ, Photomalaysia dan pilihan terakhir baru mudah. Biasanya dalam Photomalaysia barang banyak dan murah2. Almost everyday ada post baru yang banyak disia.Harga terkini barang canon n nikon leh usha dalam website. Google jer!Langkah 2: Compare dulu harga Kamera!
Biasanya bila anda dah ada bajet. Beberapa bijik kumira dah bermain dalam fikiran. Berpusing kat atas kepala kot! kekadang sampai bawa ke mimpi. Adeh yang ni memang parah. Kemaruk kumira. Apa2 pun compare dulu barang2 ngan spec2 yang ada. Tanya otai2 yang xsumbunk, mcm Saiful Nang dan Ahmad Fairus. sempoi bak ang, dulu ak pernah tanya mrk masa nak beli kamera dlm private msg FB. Reply tuuu...Heheh... Tapi anda pun bleh juga go through http://snapsort.com/compare Nang Sempoi this website!!!Langkah 3: Pergi Survey ke kedai dan Semak Pakej yang ditawarkan
Pergi ke kedai kamera yang gempaq kalau di Kuching anda boleh gi di kedai kamera Great Wall di sebelah Tun Jugah. Nak tau kat mana Location dia google sendiri Heheheh. Tokeh dia pun sempoi nama Mr Chin. Check kat kedai pakej ape yang dia bagi: Cleaner free, filter free, lens free, bag free, tripod free, pakej percutian free… squezeee seberapa boleh dari tokei kedai tersebut.Langkah 4: Bandingkan Harga
Last skali lepas survey kumira, balik umah ushar kat dalam shashinki.com, pastikan harga barang anda tak lebih dr harga shashinki.AMARAN!!!
ELAKKAN MEMBELI AP SET (TIADA WARANTY DARI NIKON MALAYSIA atau CANON sendiri, sebaliknya waranty dari DISTRIBUTOR LAIN). kecuali anda terpaksa.. takde alternatif.ELAKKAN MEMBELI FILTER DENGAN HARGA YANG MAHAL. Semak harga filter di lelong.com.my. Harga filter UV premium jenama B+W dan hoya HD adalah dalam RM300 . Harga non premium- multi coating dalam RM150. Yang lain hanya RM30-60 macam itu.ELAKKAN MEMBELI TRIPOD DAN BEG dengan harga yang mahal. Tanya kawan kawan di KELAB FOTOGRAFI FACEBOOK MALAYSIA. Kadang kala kedai akan suruh anda beli tripod harga RM100 sedang tripod tersebut mudah patah dan kos sebenar cuma RM18.00HARGA DI SINGAPURA TIDAK TERLALU BEZA DARI MALAYSIA. Anda akan ada masalah waranty kerana syarikat distributor di malaysia bukan pembawa barangan tersebut ke malaysia.ELAKKAN MEMBELI ULTRA WIDE CONVERTER DAN CLOSE UP ADAPTER sewaktu pertama kali membeli kamera. Sebenarnya harga yang mereka letak buat pertama kali, adalah jauh lebih mahal dari anda datang pada kali kelima, keenam dan kesepuluh. Kedai kamera pasti akan cuba upsale dengan dua benda ini buat pertama kali. Problem dia bukan tak boleh beli, tapi mereka tahu firsttimer takkan check harga dua benda ni, so selalu terjadi rip off. Beli barang ini selepas anda benar benar perlu.BEG SANDANG NIKON DAN CANON Selalunya free. Beli time lain, harganya dalam rm50-100 ikut kedai. Make sure anda dapat bag masa beli first time. kalau tak guna pun boleh simpan nanti.. untuk isi accessory macam filter dan sebagainya.JGN BELI SEMUA LENSA yang seller recommend waktu pertama kali.. unless anda dah check semua harga dulu.
0 comments:
Post a Comment